Menurut Akta 304, pihak LPTA menyatakan surveymeter perlu dikalibrasi sekurang-kurangnya sekali dalam satu tahun. Organisasi yang terlibat dalam aktiviti yang diperlesenkan LPTA (Lesen A sehingga H), diwajibkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya sebuah surveymeter yang berfungsi dan dikalibrasi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LPTA.
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui sejurus selepas surveymeter dihantar ke pusat kalibrasi sehingga proses kalibrasi selesai. Untuk memastikan sebuah makmal kalibrasi berfungsi secara kompeten dan memberikan keputusan kalibrasi yang tepat, ISO 17025 (Calibration & Testing Lab Standard) perlu dipatuhi secara ketat.
Gambar 1: Surveymeter wajib digunapakai sebelum, sewaktu dan selepas kerja-kerja radiografi dilakukan.
Antara kandungan yang dinyatakan dalam dokumen pematuhan standard adalah tempoh siap kalibrasi yang perlu dinyatakan oleh pusat kalibrasi mengikut kemampuan mereka.
Selepas ditemu ramah, Reltech Ventures Sdn Bhd adalah merupakan pusat kalibrasi yang mempunyai tempoh siap kalibrasi yang paling singkat iaitu selewat lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja jika tiada masalah teknikal.
Dalam temu ramah bersama pengurus Reltech Ventures Sdn Bhd lagi, beliau telah menyatakan satu per satu proses yang perlu dilalui dalam proses kalibrasi surveymeter.
Proses yang perlu dilalui adalah seperti berikut:-
Penerimaan Alat (Equipment Acquisition)
a. Alat diterima daripada client melalui courier.
b. Alat didaftarkan untuk proses kalibrasi.
Pemeriksaan Alat (Equipment Inspection)
a. Alat diperiksa dari segi fizikal dan takat fungsi alat.
Makluman kepada Pelanggan Jika Alat Tidak Dalam Keadaan Baik (Inform to Client If Not in Good Condition)
a. Pelanggan dimaklumkan berkenaan kerosakan surveymeter.
b. Pemeriksaan dan servis baikpulih ditawarkan kepada client jika surveymeter masih boleh diperbaiki.
Surveymeter Dalam Keadaan Baik (Surveymeter in Good Condition)
a. Kalibrasi Gamma (Gamma Calibration)
i. Proses kalibrasi dimulakan.
b. Kalibrasi X-ray (X-ray Calibration)
i. Proses kalibrasi x-ray diteruskan.
Pengisuan Sijil Kalibrasi (Calibration Certificate Issuance)
a. Sijil kalibrasi diberikan bersama maklumat berkenaan surveymeter yang telah dikalibrasi.
b. Surveymeter diberi pelekat yang menyatakan maklumat berkenaan surveymeter yang dikalibrasi.
Penghantaran kepada Pelanggan (Delivery to Client)
a. Surveymeter yang telah dikalibrasi dihantar kepada client secara by-hand atau courier.
b. Penghantaran dibuat sejurus selepas pembayaran dilengkapkan oleh client.
Selesai (Completion)
RPO perlu memainkan peranan dalam merancang tempoh pembaharuan sijil kalibrasi surveymeter yang terdapat dalam syarikat.
Adalah menjadi kesalahan jika sesebuah syarikat tidak mempunyai surveymeter yang sah dan sistem LPTA akan memberikan amaran untuk perkara ini.
Jika perkara sedemikian berlaku, RPO perlu memikirkan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat.
Inisiatif Penyelesaian oleh RPO
i. Peminjaman Surveymeter
Peminjaman surveymeter boleh dilakukan antara syarikat ataupun syarikat yang menyediakan perkhidmatan peminjaman surveymeter seperti Arey Solutions Sdn Bhd.
Kadar bayaran biasanya diberi dalam kadar per day/per month/per week basis.
ii. Pelan Pembaharuan Sijil Kalibrasi
– Digalakkan supaya RPO memperbaharui sijil kalibrasi secara berselang-seli untuk mengelakkan tempoh tamat sijil kalibrasi serentak.
– Contoh: Surveymeter A dikalibrasi pada 1 Januari 2019 dan surveymeter B pada 1 Mei 2019; ini memberi tempoh 4 bulan sebelum kedua sijil tamat sekali gus.
– Kaedah ini membantu RPO merancang pembaharuan sijil kalibrasi dengan lebih sistematik dalam kesibukan kerja seharian.
Kepentingan Surveymeter
Surveymeter adalah alat praktikal untuk mengesan kehadiran sinaran mengion dan mencegah penerimaan sinaran yang tidak diingini.
Adalah sangat wajar bagi organisasi yang terlibat dengan dedahan sinaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu surveymeter yang berfungsi dengan baik.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
RadSentric Sdn Bhd is a licensed Training & Consultation company registered under Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia) with License H (LPTA/A/3763).